Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama - 10 Januari 2010 (Ahad)

Merupakan projek 2010 (Dijangkakan dalam bulan Januari)

1. Farah Husain
- hadir
2. Nisah Hj. Haron - hadir
3. Juliaesqa - hadir
4. Zalisa Mazlan - hadir
5. Ariyatna - hadir
6. Neddo - hadir
7. Kaseh Esmiralda - hadir
8. Liana - hadir
9. Masliza Alias - hadir
10. Emio Norsuhaimi - hadir
11. Azman Ibnu Al-Kurawi - hadir
12. Jundak - hadir
13. Anne Kasih Mustafa - hadir
14. Nemo - hadir
15. Maria Kajiwa - hadir

Menanti :

Ainin Naufal
Zaki Zainol
Zulkifli Khair
Adra Adlina

(Sekiranya senarai menanti mencukupi angka 15 orang, AVA akan berusaha untuk berbincang dengan pemudahcara agar diadakan sekali lagi bengkel pada tarikh lain. Terima kasih atas sambutan)

Senarai Perserta Yang Sudah Mendaftar Untuk Bengkel Penulisan Novel 2 Januari 2010 (Sabtu)


1. Anne Kasih Mustafa

2. Water Lily
3. Lea Qistina (KIV)
4. Ariyatna Adri
5. Amir Hamzah
6. Putri Lily
7. Kaseh Esmiralda
8. Nemo
9. Fadhilah Maarif
10. Z.S Karya
11. Zayu Hisham
12. Kosong
13. Kosong
14. Kosong
15. Kosong

Senarai Perserta Yang Sudah Mendaftar Untuk Bengkel Penulisan Novel 12 Disember 2009 (2 kekosongan)


1. Norfarahin Athirah Abd Rahim

2. Maria Kajiwa
3. Nadir AD
4. Farah Husain
5. Zuliana Abuas
6. Norasyida Abd Rahim
7. Fauzana HS
8. Kosong
9. Rakan Farah
10. Kosong
11. Macai Suci
12. Abang Bro
13. Fadxiora
14. Ilmar Imia
15. Lili Norlaili - Cinta Tersimpul Rapi

* HANYA ADA DUA (2) KEKOSONGAN

Berdaftar Dengan Kami?

Kepada sesiapa yang berminat, sila klik sini untuk keterangan lanjut.

Sunday, November 8, 2009

Pra Bengkel Penulisan Skrip Drama 10 Jan 2010

Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat berjumpa dengan sdr Shahrul Ezad yang masih sibuk dengan penggambaran Tari Tirana. Hampir sahaja pertemuan tersebut dibatalkan kerana kesibukannya, tapi akhirnya setting props belum siap, jadi beliau mengambil keputusan untuk berbincang tentang bengkel penulisan skrip drama yang bakal dianjurkan. Dalam pada itu, sempat juga kami bertukar-tukar pandangan tentang dunia penulisan novel dan skrip drama. Ternyata ia mempunyai dasar yang agak sama, namun bezanya skrip drama akan ditukar dalam bentuk visual.

Memang hebat cabaran dan dugaan yang beliau hadapi untuk berdiri di takah yang ada sekarang ini. Ya, harapan saya agar perserta nanti dapat memanfaatkan bengkel tersebut nanti semaksimum mungkin. Ditanya apakah rahsia kejayaan beliau, beliau mengatakan bahawa disiplin, komitmen yang tinggi, sabar adalah antara resepi yang perlu ada dalam diri seorang penulis skrip yang mahu berjaya.

Ya, apakah lagi rahsia dan tips beliau untuk berjaya, mari sama-sama kita ikuti dan menghayati dalam bengkel tersebut nanti. Tentatif program untuk bengkel ini sudah ada, hanya menanti masa untuk diemelkan kepada para perserta, Moga-moga majlis tersebut diberkati Allah dan menjadi satu titik permulaan yang baharu dalam ambisi kita untuk menjadi penulis yang berjaya, amin.

p/s : Akan datang, Insya-Allah, AVA akan menjemput penulis skrip drama bersiri Nur Kasih, Tangisan Bulan Madu dan sebagainya untuk para perserta yang berminat untuk menghadiri bengkel penulisan skrip drama. Bagaimana, ada sambutan untuk bengkel seterusnya?

Wednesday, November 4, 2009

Bengkel Penulisan Skrip Drama Menutup Tirai

Salam kepada rakan AVA dan pelayar blog ini.

Bengkel penulisan skrip drama yang diadakan pada 10 Januari 2010 adalah petanda tirai bengkel 2009 ditutup. Pada mulanya saya berhasrat untuk mengadakan pada bulan Disember tetapi dua bengkel penulisan novel sudah nekad terpacak dan enggan untuk berganjak dari tarikh tersebut. Maka, bengkel penulisan skrip drama terpaksa juga diganjak pada pertengahan bulan Januari 2010.

Beberapa bengkel penulisan - cerpen, novel dan skrip drama, bagi saya adalah titik tolak permulaan AVA untuk melangkah jauh. Namun untuk sementara waktu, bengkel akan dihentikan untuk sementara waktu bagi mengelakkan berlakunya ketepuan berbengkel. Kepada siapa yang tidak dapat mengikuti bengkel ini, maka terpaksalah menunggu untuk bengkel akan datang (saya belum merancang lagi bila tarikh dan masanya). Dalam masa yang sama, ilmu sudah digali, kayuh sudah di tangan, maka tiada helah lagi untuk mengatakan tidak tahu menulis. Semuanya terpulang kepada kekuatan dan ketahanan diri sendiri untuk menulis. Pilihan berada di tangan anda.

Lagipun kepenatan menguruskan bengkel ini dapat merehatkan saya untuk seketika bagi menumpukan perhatian pada penulisan sendiri. Cuma ada beberapa perkara yang harus saya tegur untuk perhatian ahli AVA dan lainnya. Suka saya menyatakan bahawa ada beberapa perkara untuk seseorang yang mempunyai cita-cita menjadi penulis yang berjaya. Itu pun terpulang kepada semua untuk memikirkannya, paling penting melaksanakannya. Tugas saya hanya untuk menyampaikan demi kebaikan semua dalam bidang tercinta ini. Antaranya adalah :

1) Ketepatan Masa
Ini adalah disiplin yang mandatori bagi seseorang penulis yang mahu ke hadapan dan berjaya. Tanpa disiplin ini, satu perkara pun takkan berjaya dilakukan. Seorang penulis yang berdisiplin adalah kunci utama menggenggam piala kejayaan. Dalam berkarya, ini amat diperlukan bagi memastikan kita dapat menyiapkan dalam masa yang kita sendiri tentukan. Perlu ada target demi untuk berjaya. Tanyakanlah kepada mana-mana penulis yang berjaya, jawapannya disiplunlah yang akan menjadi kunci utama dalam mencapai hasrat tersebut.

2) Elakkan Memberi Alasan
Ya, ini juga satu perkara paling asas yang wajib diketepikan oleh setiap penulis yang ingin berjaya. Kalau ini menjadi kelaziman, percayalah, penulisan anda takkan bergerak ke mana. Kalau begerak pun, hanya untuk seketika dan tidak bertahan lama. Sementelah sudah punya tanggungjawab lain kelak. Nasihat saya sekali lagi - kalau benar-benar mahu berjaya dalam penulisan, elakkan memberi alasan. Belajar dikir demi dikit untuk melaksanakannya.

3) Pro-Aktif
Dalam menganjurkan bengkel ini, banyak penulis yang saya lihat mempunyai sikap yang pasif serta lambat respons dan merujuk perkara (2). Ini adalah satu sikap yang perlu dielakkan. Percayalah, dengan bersikap pro-aktif, anda dapat melakukan banyak perkara dalam masa yang ditetapkan serta memudahkan orang berurusan dengan kita. Tidak perlulah ditanya sehingga beberapa kali untuk memberi jawapan atau respons.

4) Yakin Pada Diri Sendiri
Ini adalah antara rahsia kejayaan yang selalu dipegang oleh mereka yang sudah jauh ke hadapan. Bermakna dalam konteks penulisan, kita yakin pada karya yang kita lunasi. Seandainya ada perasaan tidak yakin yang bersarang, begitulah juga perasaan pembaca apabila menatap karya kita.

5) Sikap Sentiasa Menambah Ilmu
Berapa kali atau berapa lamakah saat terakhir kita berbengkel dan menelan ilmu yang diluahkan oleh penceramah? Rakan-rakan, jujur saya mengatakan bahawa ilmu yang diperolehi dalam bengkel amat terhad. Jadi, manfaatkan waktu berbengkel sebaik mungkin dan juga mencari ilmu dengan penulis lain.

6) Elakkan Perasaan Sombong
Dalam pengalaman saya yang sedikit ini, beberapa kali juga saya bertemu dengan sikap yang sebegini. Wah, ini sangat, sangat perlu dijauhi. Jangan sesekali merasakan apabila karya kita telah terbit, maka kita merasakan diri kita sudah menjadi seorang bintang. Tidak ke mana sebenarnya dengan sikap sebegini. Orang-orang yang sebegini takkan pergi jauh, kalau jauh pun dia mampu pergi, dia akan jatuh terduduk suatu masa nanti. Tanamkanlah sifat tawadduk, serta sentiasa merasakan bahwa setiap segala yang seseuatu itu hanya atas izin Allah semata-mata. Kita hanya bersifat medium, bahkan yang menggerakkan kita adalah Allah Ta'ala. Buangkan perasaan ini. Dalam konteks dunia penulisan, sikap begini hanya akan menyebabkan kita terpinggir walaupun duduk di atas tangga teratas sekali. Orang takkan hairan pada kejayaan, orang akan hairan pada budi bahasa.

Moga terus lestari berkarya.
Selepas bengkel penulisan skrip drama, saya mahu berehat untuk seketika.

Sunday, November 1, 2009

Bengkel Penulisan Skrip Drama TV : 10 Januari 2010

Alhamdulillah.


Perhatian untuk semua yang mendaftar awal untuk bengkel tersebut di atas. Tarikh yang dimaklumkan adalah yang terkini. Moga-moga, tarikh tersebut tidak berubah. Rakan-raan AVA, saya bersyukur sangat kerana Tuan Shahrul Ezad sudi meluangkan masanya untuk berkongsi ilmunya dengan kita. Meskipun jadualnya amat sibuk, namun semangat perserta menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk memperuntukkan hari tersebut khas untuk bertemu dengan perserta.

Insya-Allah kita berjumpa di sana nanti. Kepada yang belum mengesahan kehadirannya, sila berbuat demikian secepat mungkin. Terima kasih.

Saturday, October 31, 2009

Seorang AVA Yang Remaja


Berbulan sebenarnya (sejak AVA diwujudkan) kepala saya sarat barat memikirkan cara untuk menolong ahli AVA dan penulis lain amnya, bagi meningkatkan diri dalam bidang penulisan. Salah satu yang saya terpandang adalah melalui bengkel. Banyak sebenarnya titik bengik dan remeh temeh dalam menganjurkan bengkel yang rakan-rakan telah dan bakal hadiri. Tambahan pula, saya menguruskannya seorang diri. Namun alhamdulillah ia mendapat perhatian daripada Pn Nisah, Tuan Rozlan, Macai Suci dan Abang Bro. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memberi semangat kepada saya untuk meneruskan agenda membangunkan barisan penulis yang mempunyai ilmu dalam pertukangan karya.

Dan pastinya sokongan dari para perserta, terutama ahli AVA membuat saya tambah bersemangat untuk berkongsi ilmu, membawa penulis-penulis yang berpengalaman dan berwibawa untuk sama-sama menjayakan hasrat dan ambisi kita. Saya amat sedar sebenarnya masing-masing terikat dengan komitmen dan tugasan yang saya sendiri tidak dapat menelah, maka dengan itu andainya ada kumpulan penulis yang mahukan AVA menganjurkan bengkel yang bekaitan dengan penulisan, akan saya usahakan.

Ada juga rakan penulis (bukan ahli AVA) sinis menyatakanbahawa saya menganjurkan bengkel ini bertujuan untuk mencari duit 'tepi'. Saya tidak menjawabnya dan hanya tersenyum, mengenangkan betapa orang-orang Melayu masih lagi di takuk minda kedana, bukan minda perdana. Saya hanya berkata dalam hati, ini adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang rakan untuk membantu rakan-rakan lain yang cintakan ilmu. Mungkin suatu masa nanti, saya akan katakan kepadanya untuk menganjurkan bengkel sebegini seorang diri. Mahu juga saya menyertai bengkel beliau nanti.

Tapi tidak mengapa, saya menganggapnya itulah cabaran dan asam garam menuju ke destinasi impian. Kalau tiada cabaran, tentunya AVA tidak akan matang serta saya akan menjadi kurang kreatif dalam menyelesaikan situasi yang timbul.

Rakan-rakan penulis yang saya kasihi,

Besar sebenarnya matlamat saya menubuhkan AVA. Bukan hanya setakat mahu membantu rakan penulis dalam memperkasakan ilmu dalam bidang ini, malah lebih jauh dari saya menyimpan hasrat agar bidang kepengarangan ini mampu sama duduk dan berdiri seperti bidang kerjaya lain yang dianggap profesional. Selain dari menolong membantu memasarkan manuskrip, ada lagi. Oleh yang demikian, langkah awal adalah dengan menganjurkan bengkel-bengkel seperti ini bagi membolehkan kita sama-sama belajar (saya juga belajar banyak perkara) demi memantapkan seni penulisan kita.

Apa yang saya akan lakukan adalah dalam kapasiti dan masa yang terdaya, akan saya maklumkan. Selain itu, biarlah ia menjadi rahsia saya terlebih dahulu, hinggalah saya punya keupayaan untuk melaksanakannya. Betapa dalam usia AVA yang hijau ini, banyak pelajaran yang saya perolehi, syukurlah. Dapat juga saya memantapkan hati serta melihat dengan lebih jauh apakah keperluan yang dapat saya penuhi sedaya-upaya agar dapat saya bantu.

Rakan-rakan, tanpa sokongan anda semua, AVA tiada apa-apa. Terima kasih kerana menjadi sangga penyokong AVA selama 5 bulan pertama ini. Selain itu juga saya melihat betapa ramai juga rakan-rakan saya yang acuh tidak acuh serta merasakan usaha saya ini sia-sia, tapi alhamdulillah dikit demi dikit mereka dapat menerima, malah memberi sokongan di kala ini. Tapi yang paling jelas di mata saya adalah mereka yang lebih bersikap 'tunggu dan lihat'. Agaknya kalau AVA sudah berjaya, barulah mereka akan menyertai keahlian AVA. Tapi tidak mengapa, masa akan menjadi pengadil yang saksama. Saya bermohon kepada Allah, moga-moga diperkukuhkan lagi AVA serta sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Kepada rakan-rakan AVA yang menyokong AVA, saya angkat dua tangan! Kamu memang best! Terima kasih buat rakan-rakan ahli AVA dan para penulis serta pelayar blog ini.

p/s : 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Suatu masa saya akan kongsikan rahsia menulis cerpen, khas buat ahli AVA, insya-Allah.

Friday, October 30, 2009

Jualan Buku Di Utusan Publications

JUALAN penghabisan stok buku dengan judul-judul yang bermutu akan menemui peminat pada 2 hingga 13 November ini. Harga serendah RM1 hingga RM10 untuk setiap judul pasti memberi pengalaman memuaskan kepada ulat buku.

Sumber maklumat : Sila ke blog Tuan Rozlan MN untuk berita selanjutnya.

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Sedih Ahadiat Akashah


Sila klik imej untuk dibesarkan.
Harian Metro 28 Oktober 2009

Tuesday, October 27, 2009

Agensi Villa Aksara: Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010


Alhamdulillah, saya baru menghubungi rakan saya Shahrul Ezad Md Din, seorang pengarah dan penulis skrip yang terkenal dalam bidang beliau ini. Kalau sdr/sdri ingat drama Cinta Si Penggali Kubur, Enot, Sindarella, Antara Garisan dan sebagainya, terkini drama Tari Tirana yang masih ditayangkan di televisyen - itulah antara drama arahan dan skrip drama beliau. Sebenarnya banyak lagi.

Walaupun beliau amat sibuk dengan penggambaran di sana-sini, namun beliau akan turun padang juga apabila berkelapangan kelak (dijangkakan awal tahun hadapan). Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat harap dapat menempah awal. Sila emelkan nama, alamat rumah, no selfon ke - ejenmanuskrip@yahoo.com. Tarikh akan dimaklumkan kemudian melalui sdr/i kelak.

Bengkel yang diadakan nanti akan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan format dan teknikal. Sesi kedua pula akan lebih kepada perbincangan/kelas/pengalaman. Menurut beliau lagi, beliau sedang mencari bakat-bakat baru dalam bidang penulisan skrip drama ini. Malah beliau berkesanggupan untuk membimbing sesiapa kelak yang terpilih sebagai protege beliau. Banyak lagi yang beliau perkatakan, tapi itu RAHSIA, hanya mereka yang menghadiri bengkel ini kelak sahaja yang akan tahu. :)

Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian
Perserta : 15 orang sahaja (hanya 15 emel terawal sahaja)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran : RM 150.00 (bayar semasa daftar bengkel)

* p/s : Sekiranya dapat sambutan, bengkel kedua akan menyusul kelak (bergantung pada kelapangan dan masa Shahrul Ezad).

Laman web Radius One - sila ke sini untuk melihat drama hasil penulisan dan terbitan beliau.

Hantarkanlah Cerpen Yang Sudah Dibengkelkan

AVA mahu perserta bengkel penulisan cerpen yang diadakan baru-baru ini agar memperbaiki dan menghantar cerpen ke akhbar/majalah yang sesuai seperti yang dicadangkan oleh Pn. Nisah Hj.Haron.

Sunday, October 25, 2009

Cerpen Falsampah

Alhamdulillah, syukurlah atas cerpen yang tersiar pada 25/10 (Ahad) ini. Falsampah? Bagi sesiapa terlepas akhbar semalam, boleh baca di sini Utusan Online.

Wednesday, October 21, 2009

BENGKEL PENULISAN NOVEL SESI KE-2 : 2 JANUARI 2010 (TERBUKA UNTUK SEMUA)


Ini adalah sesi bengkel penulisan novel yang ke-2, bagi sesiapa yang tidak dapat hadir untuk sesi pertama dan berminat, jemputlah daftar untuk sesi ini pula.

1) Hanya terbuka kepada 15 orang yang terawal sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.

2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat. Tarikh akhir perserta menghantar sinopsis adalah 27 Disember 2009.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Tarikh : 3 Januari 2009 (Ahad)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

Blog Widget by LinkWithin

Tentang Blog Ini

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Agensi Villa Penulis @ Khar. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP